Monday, May 9, 2011

Friday, May 6, 2011

Final video 'DRAMA QUEEN' :)

Untuk penilaian akhir kami dimnta untuk melakukan satu video kumpulan yang berkaitan dengan mana-mana video klip artis. Antara faktor yang ditekankan adalah make up, kostum dan bagaimana cara penyampaiannya. Saya dan ahli kumpulan saya telah memilih lagu 'Drama' daripada Ning Baizura, Yanie dan Nikki. ini bersesuaian dengan anggota kumpulan kami seramai tiga orang yang terdiri daripada saya Siti Nabila Fatehah, Siti Fairuz dan Sharifah Nurfaezah. Kami ingin menekankan unsur 'gothic' dari segi make dan kostum yang lebih kepada warna merah dan hitam disamping sedikit unsur komedi dimana kami sebenarnya cuba berlawan untuk menjadi yang terbaik dalam video ini.








Thursday, May 5, 2011

my make up course 4 dis semester

Hari ini kami telah mempelajari bagaimana ingin melakukan make up darah. saya telah memilih untuk melakukan luka di bahagian tangan saya. Ianya kelihatan seperti luka kemalangan dengan menggunakan sirap, tepung jagung, sedikit nescafe dan madu.






Hari ini saya ingin melaporkan tentang segala yang telah saya lakukan pada semester ini untuk subjek make up. Pada 17, 18 dan 19 April 2011 saya telah mengikuti kumpulan 6 untuk membuat pengambaran filem pendek bagi pelajar skrin. Kami diminta untuk melakukan make up pada tahun ini memandangkan criss cross telah kembali diadakan selepas perlantikan dekan baru pada awal semester ini. Melalui pengalaman saya melakukan make up kepada 3 orang pelakon yang sudah terkenal iaitu Juhara Ayob, Nam Ron dan Rosdeen Suboh. 

Ia banyak memberikan kenangan manis kerana mereka semua sangat baik dan saya amat berbesar hati untuk melakukan tugasan ini. pada mulanya saya berasa sedikit gementar namun begitu segalanya berlaku amat pantas dengan kerjasama krew dan pelakon yang saling bantu membantu antara satu sama lain. Terima kasih semua kerana memberikan kerjasama yang baik :)